The Chronicle of Rohingya [ICR]

Uncategorized

<iframe width=”854″ height=”480″ src=”https://www.youtube.com/embed/m-s6bsr01f8″ frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Tarbiyyah Kreatif telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan video montaj isu kemanusiaan Rohingya Muslim di Arakan, Myanmar untuk tayangan di International Conference on Rohingya (ICR) anjuran Yayasan Amal Malaysia bersama IPSOM (Kementerian Dalam Negeri), International Federation for Relief and Development (IFRD) dan Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia.

Wakil OIC, Tan Sri Syed Hamid Albar, wakil UNHCR dan Presiden Burmese Rohingya Organization UK antara speaker yang membentangkan kertas kerja dengan Dato’ Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai moderator program.

Persidangan selama 3 hari di Putrajaya ini dihadiri oleh pelbagai NGO dan wakil badan-badan antarabangsa di peringkat ASEAN dan dunia.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian penutup dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir pada majlis penutup tersebut.

Share this story

Comments are closed.